Skip to main content

Dunia

Sepanyol akan hantar kapal pesiaran dijangkiti hantavirus ke Canary Islands

Kementerian Kesihatan Sepanyol mengesahkan pada lewat petang Selasa (5 Mei) bahawa ia akan menerima kapal pesiaran MV Hondius di Canary Islands "mengikut undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan".

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol akan hantar kapal pesiaran dijangkiti hantavirus ke Canary Islands

Kapal pesiaran MV Hondius berlabuh di pelabuhan Cape Verde sementara pihak berkuasa kesihatan menyiasat kes disyaki hantarvirus di atas kapal tersebut di Pelabuhan Praia, Cape Verde pada 4 Mei 2026. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 May 2026 08:04AM Dikemas Kini : 06 May 2026 08:05AM
MADRID: Kementerian Kesihatan Sepanyol mengesahkan pada lewat petang Selasa (5 Mei) bahawa ia akan menerima kapal pesiaran MV Hondius di Canary Islands "mengikut undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan".

Pasukan perubatan di pulau itu akan memeriksa dan merawat semua penumpang dan kru kapal di atas kapal pesiaran tersebut sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing, menurut kenyataan kementeirian itu.

Kementerian itu menambah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa Cape Verde tidak dapat menjalankan operasi tersebut.

"Canary Islands adalah lokasi terdekat yang dilengkapi dengan keupayaan sewajarnya. Sepanyol mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang untuk membantu individu-individu ini, antaranya juga adalah beberapa warga Sepanyol."

Pihak berkuasa Sepanyol menyatakan mereka mahukan data kesihatan dari kapal pesiaran itu sebelum membuka semula sebuah pelabuhan.

Kapal pesiaran itu sedang melakukan pelayaran dari Ushuaia di Argentina ke Cape Verde di Afrika Barat.

Kapal itu menjadi tumpuan antarabangsa sejak Sabtu lalu (2 Mei) setelah berlaku tiga kematian di atas kapal tersebut, disyaki disebabkan oleh jangkitan hantavirus.

Keutamaannya kini adalah untuk menghantar dua kru kapal yang jatuh sakit dan perlukan rawatan segera supaya kapal itu dapat meneruskan pelayarannya.

Sejauh ini, dua kes hantavirus sudah pun disahkan di atas kapal tersebut - termasuk salah satu yang sudah meninggal dunia - dengan lagi lima kes disyaki dalam kalangan 147 penumpang dan kru kapal, menurut WHO.

Tiga daripada tujuh kes tersebut sudah meninggal dunia, di mana salah satunya berada dalam keadaan kritikal dan lagi tiga melaporkan mengalami gejala ringan, termasuk seorang yang kini tidak mengalami sebarang simptom, ia menambah.

Kementerian Kesihatan Sepanyol menyatakan keputusan tentang ke mana untuk dihantar kapal itu bergantung pada "data epidemiologi yang dikumpul dari kapal itu semasa persinggahannya di Cape Verde".

Pemerintah Canary Islands menyatakan ia mahu kapal itu dihantar ke Sepanyol.

Para penumpang dari Britain, Sepanyol dan Amerika Syarikat, serta kru kapal sebahagian besarnya dari Filipina, merupakan dalam kalangan 23 kerakyatan di atas kapal MV Hondius.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita