Skip to main content

Dunia

Seoul keluarkan amaran gelombang haba

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk seluruh kawasan Seoul pada Ahad (15 Sep), lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik pihak berkuasa cuaca.

Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencecah 33 darjah Celsius (C) atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Sementara itu, amaran gelombang haba turut dikeluarkan di kawasan-kawasan lain di negara itu termasuk Gongju dan Cheongyang di Wilayah Chungcheong Selatan, serta Yongin dan Anseong di Wilayah Gyeonggi, yang menunjukkan suhu tertinggi mencapai 35 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Malam yang panas turut direkodkan di kawasan-kawasan seperti Incheon dan Daejeon, Mokpo, Busan, Pohang dan Jeju.

Pada Ahad (15 Sep), suhu dijangka mencecah paras maksimum antara 23 hingga 36 darjah Celsius di seluruh negara, dengan suhu meningkat di bandar tenggara Ulsan, Seoul, Incheon, Daegu, Busan, Daejeon dan Gwangju.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita