Skip to main content

Dunia

Seorang warga Palestin maut terkena bedilan Israel

Seorang penduduk Palestin maut terkena bedilan tentera Israel pada awal pagi Sabtu (30 Mac) di timur Bandar Gaza, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber perubatan Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang warga Palestin maut terkena bedilan Israel

Gambar fail tunjuk perasaan di sempadan Gaza (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Mar 2019 12:03AM Dikemas Kini : 31 Mar 2019 12:07AM

GAZA: Seorang penduduk Palestin maut terkena bedilan tentera Israel pada awal pagi Sabtu (30 Mac) di timur Bandar Gaza, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber perubatan Palestin.

Mohammed Saad, 20, terbunuh apabila terkena bedilan peluru kereta kebal yang ditembak oleh tentera Israel tepat di bahagian kepalanya, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra, dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Al-Qedra tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden itu.

Insiden ini berlaku semasa penduduk Palestin membuat persiapan untuk menyambut ulang tahun pertama "Perarakan Pulang Besar-Besaran," yang merupakan perhimpunan besar-besaran berhampiran pagar yang dekat dengan Israel.

Kementerian Palestin itu melaporkan pada Jumaat bahawa sejumlah 266 penunjuk perasaan rakyat Palestin maut dalam perhimpunan pada tahun lepas.
Kenyataan itu menyebut sejumlah 50 kanak-kanak, enam wanita, tiga paramedik dan dua wartawan terbunuh dalam insiden tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita