Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang warga M'sia cedera dalam kejadian tsunami Selat Sunda

Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda, Sabtu lepas (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang warga M'sia cedera dalam kejadian tsunami Selat Sunda

Daerah Pandeglang di wilayah Banten, Indonesia yang dilanda tsunami. (Gambar: Ho-Susi Air/Antara Foto/Reuters)

Diterbitkan : 26 Dec 2018 12:07AM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 12:10AM

JAKARTA: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda, Sabtu lepas (22 Dis).

Menurut kenyataan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), rakyat Malaysia terbabit dikenali sebagai Encik Khairul Umam Masduki, 31 tahun, mengalami kecederaan di kaki dalam kejadian tsunami itu.

"Basarnas mendapat maklumat pada jam 11.00 pagi tadi berkenaan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Kalianda," menurut kenyataan itu.

Mangsa sudah dibawa ke Rumah Sakit Bob Bazar Kalianda untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi berkata pihak kedutaaan sedang bekerjasama dengan pihak Basarnas bagi memberikan bantuan sewajarnya termasuk bantuan konsular kepada mangsa.

"Mangsa berasal dari Kuala Lumpur, kami masih mendapatkan maklumat lengkap berkenaan mangsa," kata jurucakap itu.

Mangsa dilaporkan berada di Kalianda ketika kejadian tsunami dan bertindak melarikan diri ke kawasan tinggi ketika kejadian tsunami itu sebelum mengalami kecederaan di kaki.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), tsunami yang berlaku pada jam 9.27 malam, Sabtu lepas itu disebabkan berlakunya gelombang kuat di perairan Selat Sunda dan berlakunya letusan di Gunung Anak Krakatau.

Tsunami itu berlaku akibat pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan Gunung Anak Krakatau dan berlaku gombang air pasang serta gelombang kuat dan kombinasi itu menyebabkan berlakunya tsunami secara tiba-tiba.

Setakat jam 5.00 petang Selasa (25 Dis), Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia mencatatkan seramai 429 orang sudah terkorban, manakala 1,485 cedera dan lebih 800 rumah musnah. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan