Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang pelarian Rohingya di Perak maut dalam kemalangan, dua lagi diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang pelarian Rohingya di Perak maut dalam kemalangan, dua lagi diberkas

Pintu masuk Depo Tahanan Imigresen Bidor, di Perak pada 2 Feb 2024. Lebih 100 pelarian Rohingya merusuh sebelum meloloskan diri.

TAPAH: Seorang lagi tahanan yang meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis (1 Feb), maut dilanggar kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Tapah, Perak, pada Ahad (4 Feb) malam.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian berlaku di Kilometer (Km) 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, lapor Astro Awani.

Ketika kejadian, lelaki etnik Rohingya itu dipercayai sedang berjalan kaki sebelum dilanggar sebuah kenderaan, dipercayai van.

Dalam pada itu, Encik Mohd Yusri memberitahu, dua lagi tahanan etnik Rohingya berjaya diberkas dalam operasi yang dijalankan pihak polis dan imigresen.

Menurutnya, dua lelaki tersebut diberkas kira-kira pukul 3.00 pagi di sekitar Tapah.

Ia menjadikan jumlah yang berjaya ditahan semula meningkat kepada 54 orang setakat Isnin (5 Feb) pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam pada Khamis, seramai 131 tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor bertindak melarikan diri dari blok lelaki depot berkenaan.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terbabit dalam kemalangan di Km 335 PLUS arah utara pada Khamis malam.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan