Seorang maut, dua cedera dalam tembakan di bangunan apartmen warga emas
Seorang lelaki melepaskan tembakan di lobi sebuah bangunan apartmen bagi para warga tua di Vancouver, wilayah Washington hari ini (4 Okt).
(Gambar: Agensi berita)
WASHINGTON: Seorang lelaki melepaskan tembakan di lobi sebuah bangunan apartmen bagi para warga tua di Vancouver, wilayah Washington hari ini (4 Okt).
Seorang terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam serangan tembakan itu.
Penembaknya dipercayai tinggal di bangunan apartmen Smith Tower itu yang setinggi 15 tingkat.
Selepas melakukan serangan tersebut, suspek berkubu di dalam rumahnya tetapi kemudian menyerah diri kepada polis.
Belum diketahui apa yang mendorong lelaki itu untuk melakukan serangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.