Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang maut dalam letupan di Lapangan Terbang Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
KARACHI: Satu letupan besar berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa bandar Karachi, di selatan Pakistan sekitar 11.00 malam Ahad (7 Okt) waktu tempatan.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 10 lagi cedera.

Dalam catatannya di laman media sosial X, pemerintah wilayah Sindh mengatakan bahawa sebuah lori meletup di lebuh raya lapangan terbang terbesar Pakistan itu.

Kumpulan pemisah, Tentera Pembebasan Baloch (BLA) mengaku bertanggungjawab.

Menurut BLA serangan itu menggunakan bahan letupan buatan sendiri yang diisi pada sebuah kenderaan.

Sasarannya, tambah BLA, adalah satu konvoi pelabur dan jurutera China yang baharu tiba di lapangan terbang tersebut.

BLA memperjuangkan kemerdekaan wilayah Balochistan yang terletak di tenggara Pakistan, bersempadankan Afghanistan dan Iran.

Kumpulan pemisah itu menuduh China membantu Islamabad mengeksploit hasil bumi wilayah mereka.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan menyatakan penerbangan dari Karachi diteruskan "seperti biasa" dan "pihak agensi sedang menyiasat punca letupan di tapak kemalangan".
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan