Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang maut, 70 cedera; dua gempa bumi kuat landa Homuzgan, Iran

Dua gempa bumi yang kuat menggegarkan selatan Iran selang 90 saat antara satu sama lain pada Ahad (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

TEHRAN: Dua gempa bumi yang kuat menggegarkan selatan Iran selang 90 saat antara satu sama lain pada Ahad (14 Nov).

Menurut sumber rasmi, sekurang-kurangnya seorang maut, manakala 70 lagi dilaporkan cedera dalam gempa bumi di wilayah Hormuzgan itu.

Gempa bumi berukuran 6.4 dan 6.3 pada skala Richter itu berlaku pada kedalaman 15 kilometer, menurut Pusat Seismologi Iran.

Seorang lelaki, 22 tahun maut akibat terjatuh dari tiang elektrik, menurut ketua Bulan Sabit Merah Iran, Mehdi Valipour.

Beliau berkata beberapa pasukan sudah dikerah untuk membuat penilaian kerosakan di 137 kampung yang terjejas.

Agensi Berita IRNA pula melaporkan Ketua Organisasi Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar, sebagai berkata 48 daripada mangsa yang cedera dibenarkan keluar hospital, 22 berada di bawah pengawasan perubatan.

Presiden Ebrahim Raisi yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa gempa Hormuzgan dan menggesa seluruh organisasi bantuan dan kementerian yang bertanggungjawab membantu penduduk di kawasan terjejas. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan