Seorang maut, 2 cedera dalam serangan tikaman di Sydney
Seorang lelaki maut dan dua lagi cedera parah pada Selasa (17 Feb) dalam satu serangan tikaman di ibu kota kewangan Australia, menurut polis.
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Seorang lelaki maut dan dua lagi cedera parah pada Selasa (17 Feb) dalam satu serangan tikaman di ibu kota kewangan Australia, menurut polis.
Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sebuah kawasan pinggir barat Sydney pada pukul 10.00 pagi menyusuli laporan bahawa seorang lelaki menikam beberapa individu sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, menurut Polis New South Wales dalam satu kenyataan. Kejadian tikaman itu berlaku di sepanjang deretan kedai yang sibuk.
Paramedik merawat tiga mangsa yang mengalami kecederaan serius, termasuk seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an atau 40an yang meninggal dunia di tempat kejadian, kata Superintenden Polis Simon Glasser.
Dua lagi mangsa, seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 47 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, tambahnya.
Encik Glasser berkata seorang lelaki diberkas tidak lama kemudian selepas operasi polis dijalankan di kawasan tersebut.
“Suspek yang didakwa dikenali polis atas kesalahan kecil dan beberapa insiden kesihatan mental,” kata Encik Glasser, sambil menambah suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah lewat Selasa.
“Siasatan masih di peringkat awal. Polis setakat ini tidak mengetahui motifnya. Bagaimanapun, ia kelihatan seperti satu serangan rawak,” kata beliau.
"Ia adalah satu kesalahan yang mengerikan yang berlaku di Merrylands sebelum waktu makan tengah hari, dengan ramai orang di sekitar."

Sumber : South China Morning Post/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.