Seorang maut, 15 cedera dalam letupan bom di Filipina
Satu kejadian letupan bom di sebuah kafe internet di selatan negara itu pada Ahad (2 Sep), menyebabkan seorang maut dan 15 lagi cedera.
COTABATO, Filipina: Satu kejadian letupan bom di sebuah kafe internet di selatan negara itu pada Ahad (2 Sep), menyebabkan seorang maut dan 15 lagi cedera.
Kejadian itu adalah siri letupan kedua yang mengakibatkan kematian di bandar sama, menurut pihak berkuasa Filipina.
Letupan di Isulan itu berdekatan dengan kejadian letupan bom diubahsuai yang diletakkan di bawah motosikal pada 28 Ogos lalu, meragut nyawa tiga orang dan mencederakan ramai lagi.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Ahad (2 Sep), bagaimanapun pihak berkuasa mengesyaki ia didalangi Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro atau BIFF, yang ada kaitan dengan kumpulan militan ISIS.
Serangan bom terbaru itu berikutan keputusan pemerintah Presiden Rodrigo Duterte menggubal undang-undang yang memberi autonomi lebih besar kepada penduduk Muslim minoriti di selatan negara itu.
Pihak berkuasa sudah menyatakan kebimbangan bahawa undang-undang tersebut mungkin akan mendorong beberapa puak militan melakukan serangan bagi menggagalkan usaha perdamaian itu.
Selatan Filipina diletakkan di bawah undang-undang tentera sehingga hujung tahun ini setelah kumpulan militan Maute yang pro-ISIS menawan selatan bandar Marawi tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.