Skip to main content

Dunia

Seorang lagi individu direman bantu siasatan kes pukul pekerja berpuasa

Seorang lagi individu direman bagi membantu siasatan terhadap kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang lagi individu direman bantu siasatan kes pukul pekerja berpuasa

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 02:39PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 03:24PM

KLANG: Seorang lagi individu direman bagi membantu siasatan terhadap kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret hari ini (18 Apr).

Suspek iaitu majikan yang disyaki memukul dua pengawal peribadi itu direman lima hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 KK (ugutan), Seksyen 298 KK (Menghina Islam) dan Seksyen 307 KK kerana percubaan membunuh.

Awal dari itu, suspek yang memakai kemeja-T berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah sekitar 10.00 pagi tadi dengan diiringi oleh pihak polis.

Ahli perniagaan tersebut ditahan polis pada pukul 8.20 malam di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis lalu selepas terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadinya sebelum ini.

Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, turut mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes itu.

Tiga daripada suspek yang merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari bermula Khamis (15 April). 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita