Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sentuhan unik reka bentuk ikonik kubah Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Kubah Masjid Nabawi di kawasan peluasan projek Raja Fahd dianggap sebagai karya seni dan reka bentuk kejuruteraan yang menakjubkan.

Ia merangkumi reka bentuk pembinaan yang sangat besar, dengan perhiasan dan ukiran yang serba indah, dan gerakannya pula lancar melalui kawalan automatik.

Kubah seberat 80 tan itu direka sedemikian rupa agar ia dapat bergerak selama beberapa saat pada masa yang dijadualkan, menurut laporan Saudi Gazette.

Sebanyak 27 kubah bergerak di Masjid Nabawi disenggara dari semasa ke semasa.

Ia dipasang atas tapak segi empat dengan sisinya sepanjang 18 meter, dengan setiap satu seberat 80 tan dan bergerak di atas paksi besi dengan panjang keseluruhan 1,573 meter.

Struktur dalaman disalut dengan lapisan kayu sedar. Setiap lapisan adalah setebal 2 milimeter dan bertatahkan bentuk kayu yang tersendiri dengan kepingan warna firus.

Binaan luaran pula dihiasi dengan mozek tembikar berbentuk segi enam dengan garis pusat 70 milimeter. Kubah tersebut dihiasi dengan garisan bayang geometrik berwarna firus dan warna kuning air yang cerah.

Kubah Masjid Nabawi direka sedemikian rupa supaya ia boleh dibuka dan ditutup secara automatik menerusi alat kawalan supaya ia berupaya mengawal kedinginan di dalam masjid dan memastikan keadaan yang selesa bagi para jemaah.

Selain reka bentuk yang menarik perhatian para jemaah, usaha-usaha untuk menyambut para jemaah pada akhir bulan Ramadan juga telah dipertingkatkan.

Pelbagai khidmat 24 jam turut disediakan bagi keselesaan jemaah.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan