Seniwati legenda Sophia Ibrahim meninggal dunia pada usia 77 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam Isnin (5 Mei) akibat penyakit semput.
Berita pemergian Cik Sophia disahkan sendiri oleh anaknya, Hairie Kool atau nama sebenarnya Mohd Khairi Yaacob ketika dihubungi Bernama.
"Ya, ibu saya telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Ampang. Petang (Isnin) ibu batuk teruk dan sukar bernafas, saya terus membawanya ke sini (pusat perubatan swasta). Ibu memang menghidap asma," katanya.
Beliau berkata jenazah ibunya dijangka disolatkan di Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di Kuala Lumpur pada kira-kira 11.00 pagi Selasa (6 Mei).
Allahyarhamah Sophia mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.
Allahyarhamah merupakan anak sulung daripada 10 beradik termasuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latif Ibrahim.
Pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seniwati legenda itu bagi meringankan kos perubatan selepas beliau mengalami katarak.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.