Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Senat AS undi teruskan perbicaraan Trump

Dewan Senat Amerika Syarikat bersetuju meneruskan perbicaraan terhadap bekas Presiden Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Senat AS undi teruskan perbicaraan Trump

(Gambar: Reuters/Jim Bourg)

Diterbitkan : 10 Feb 2021 08:06PM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 08:08PM

WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat bersetuju meneruskan perbicaraan terhadap bekas Presiden Donald Trump.

Ia menyusuli keputusan pengundian Dewan tersebut bahawa perbicaraan Encik Trump tidak bercanggah dengan perlembagaan negara itu.

56 anggota menyokong usul tersebut dan 44 menentangnya pada Selasa (9 Feb).

Mereka yang menyokong termasuk enam senator daripada parti Republican.

Dewan Perwakilan yang dikuasai parti Democrat mengenakan pendakwaan terhadap Encik Trump berhubung tindakan para penyokong beliau menyerang bangunan Kongres pada 6 Januari lalu ketika beliau masih menjadi Presiden.

Encik Trump dituduh menghasut para penyokongnya melakukan pemberontakan.

Bagaimanapun besar kemungkinan Encik Trump didapati tidak bersalah selepas perbicaraan Senat kelak.

Sekurang-kurangnya 17 senator Republican perlu berpihak dengan Democrat untuk keputusan majoriti dua pertiga bagi mendapati Encik Trump bersalah.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan