Skip to main content

Dunia

Senat Amerika lulus pakej biaya pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Senat Amerika lulus pakej biaya pemerintah
Pembiayaan Persekutuan sepatutnya berakhir pada tengah malam jika Dewan Perwakilan masih belum luluskan usulan belanjawan dan dijangka hanya akan bersidang semula pada Isnin. (Gambar: Reuters)

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat pada Jumaat (30 Jan) meluluskan pakej pembiayaan menjelang tarikh akhir yang bakal mencetuskan sebahagian operasi pemerintah ditutup pada tengah malam, lapor Anadolu Ajansi.

Anggota Senat mengundi 71-29 untuk menyokong pakej berkenaan yang merangkumi lima rang undang-undang peruntukan jangka panjang.

Ini selain melanjutkan pembiayaan bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) selama dua minggu bagi membolehkan rundingan lanjut mengenai penguatkuasaan imigresen dijalankan.

Rang undang-undang itu kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan untuk tindakan lanjut.

Pembiayaan Persekutuan dijadualkan tamat pada tengah malam memandangkan Dewan Perwakilan masih belum bertindak ke atas perundangan itu dan dijangka hanya akan bersidang semula pada Isnin (2 Feb).
 

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita