Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Johor akan diumum 24 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Johor akan diumum 24 Feb

Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Feb 2022 07:39PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 07:40PM

PUTRAJAYA: Senarai calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di Johor pada Khamis (24 Feb) kata Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

"Pembahagian kerusi untuk PRN dah selesai antara parti-parti dalam PN. Kita dalam peringkat akhir tapisan," kata beliau kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Putrajaya pada Selasa (22 Feb).

PN dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

SPR sudah menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan