Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua pusat pengundian PRU-14 ditutup tepat 5.00 ptg

Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 8.00 pagi tadi berakhir dengan kesemua 8,253 pusat pengundian di seluruh negara ditutup 5.00 petang ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Semua pusat pengundian PRU-14 ditutup tepat 5.00 ptg

(Gambar: Manan Vatsyayana/ AFP)

Diterbitkan : 09 May 2018 06:21PM Dikemas Kini : 09 May 2018 06:24PM

KUALA LUMPUR: Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 8.00 pagi tadi berakhir dengan kesemua 8,253 pusat pengundian di seluruh negara ditutup 5.00 petang ini (9 Mei).

Pada keseluruhannya, cuaca cerah sepanjang pengundian berjalan di kebanyakan pusat mengundi kecuali hujan lebat dilaporkan di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

PRU14 melibatkan jumlah keseluruhan 14.9 juta pemilih berdaftar dalam menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi taruhan.

Pada hari penamaan calon, Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan menerusi Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Sumber : Bernama/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan