Semua penerbangan dibatalkan susuli letupan kecil di lapangan terbang Jepun
Sebuah lapangan terbang di Jepun membatalkan semua penerbangan pada Rabu (2 Okt) selepas letupan kecil yang tidak dapat dijelaskan dilihat dalam rakaman media tempatan.
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Sebuah lapangan terbang di Jepun membatalkan semua penerbangan pada Rabu (2 Okt) selepas letupan kecil yang tidak dapat dijelaskan dilihat dalam rakaman media tempatan.
Tiada kecederaan dilaporkan daripada insiden di Lapangan Terbang Miyazaki di selatan pulau Kyushu.
Letupan itu dipercayai berlaku sekurang-kurangnya 100m dari bangunan terminal lapangan terbang tersebut.
Seorang pegawai lapangan terbang yang tidak memberikan butiran lanjut, hanya memberitahu AFP bahawa sebahagian daripada laluan di landasan lapangan terbang telah runtuh dan penerbangan dibatalkan sehingga petang.
Pegawai berkenaan, Takehiro Maeda, berkata polis dan bomba sedang menyiasat.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.