Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua parti tidak akan layan cubaan sabotaj kerajaan perpaduan, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Isnin (15 Mei) berkata semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan sudah bersepakat tidak akan melayan sebarang cubaan untuk mensabotaj kerajaan pimpinannya.

Beliau berkata sokongan tersebut ditunjukkan ketua-ketua parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Konvensyen Perpaduan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad (14 Mei).

“Perhimpunan (Konvensyen Perpaduan) tersebut dengan pengukuhan jelas bahawa sekurangnya untuk bertahun akan datang tidak ada layanan terhadap percubaan untuk sabotaj yang ada," katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

“Saya lebih yakin kerana seperti mana saya lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam telah menetapkan satu bentuk kerajaan kukuh dan (walaupun) pada peringkat awal macam-macam percubaan akuan berkanun (SD) dan sebagainya sampai kepada Agong dan sultan-sultan,” tambahnya.

PM Anwar berkata sejak beberapa bulan yang lalu, perjalanan kerajaan sekarang juga lebih kemas dan beberapa program yang dilaksanakan telah membantu untuk memantapkan negara.

PM Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kestabilan politik sedia ada dalam negara sudah menyumbang kepada beberapa prestasi yang baik antaranya ekonomi negara mencatat pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023.

“Kalau lihat angka-angka Jabatan Perangkaan menunjukkan suku tahun pertama itu jauh lebih baik daripada yang diunjurkan November dan Disember tahun lepas… inflasi berkurang, jumlah penganggur berkurang dan pelaburan juga bertambah,” katanya.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan