Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua masjid di Perlis bakal laksana solat jenazah ghaib ke atas Sheikh Yusuf al-Qaradawi

Pelaksanaan solat jenazah ghaib di seluruh negeri Perlis diselaraskan sejurus selepas solat zuhur pada Rabu (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Semua masjid di Perlis bakal laksana solat jenazah ghaib ke atas Sheikh Yusuf al-Qaradawi

Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia di Qatar. (Gambar: AFP)

ARAU: Solat jenazah ghaib ke atas Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi akan diadakan di seluruh masjid di Perlis selepas solat zuhur, Rabu (28 Sep).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata memandangkan solat jenazah ke atas Rahimullah dimaklumkan akan dilaksanakan pada waktu asar di Qatar pada Selasa, maka pelaksanaan solat jenazah ghaib di seluruh negeri Perlis diselaraskan sejurus selepas solat zuhur esok.

“Sehubungan itu, adalah digalakkan kepada seluruh umat Islam dalam negeri Perlis untuk menyertai solat berkenaan sepertimana yang telah diperkenankan berdasarkan sunnah Baginda Rasullullah S.A.W,” kata beliau menerusi kenyataan majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Beliau yang juga Yang Dipertua MAIPs berkata, Tuanku Syed Sirajuddin dijadualkan berangkat menunaikan solat zuhur dan solat jenazah ghaib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi, 97 tahun, meninggal dunia di Qatar pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya semalam.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan