Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua jambatan keluar masuk Severodonetsk musnah

Anggaran Waktu Membaca:

KYIV: Semua jambatan masuk bandar Ukraine, Severodonetsk sudah dimusnahkan, kata gabenor tempatan. 

Memandangkan bandar itu kini sudah diasingkan, Encik Serhiy Haidai berkata, menghantar bekalan dan menyelamatkan orang awam kini hampir mustahil, lapor BBC. 

Pertempuran sengit sedang berlaku di bandar timur itu di mana pegawai Ukraine berkata, meriam Rusia memaksa pasukan tentera Rusia undur diri dari pusat itu. 

Menawan Severodonetsk merupakan sasaran paling utama pasukan tentera Rusia buat beberapa minggu. 

Merampas kuasa Severodonetsk dan bandar berdekatan Lysychansky akan memberikan Moscow kuasa bagi seluruh daerah Luhansk, yang kebanyakannya sudah dikuasai oleh puak pemisah yang disokong Rusia. 

Kesemua tiga jambatan masuk Severodonetsk sudah musnah, kata Encik Haidai menerusi Telegram. Penduduk yang terperangkap di bandar tersebut terpaksa mengalami "keadaan yang amat sukar sekali", tambahnya. 

Bekas tentera Britain Jordan Gatley antara mereka yang terbunuh semasa perjuangan untuk mempertahankan bandar itu, menurut keluarganya pada Ahad (12 Jun). 

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menyifatkan angka kematian peperangan bandar itu sebagai "mengerikan". Pasukan Ukraine, katanya, bertempur dengan pasukan Rusia di "setiap meter". 

Laporan tempatan kini menyatakan sekitar 70 peratus bandar itu sudah ditawan Rusia. 

Pasukan-pasukan Ukraine yang masih berada di bandar itu perlu "menyerah kalah atau dibunuh", kata seorang wakil tentera Republik Donetsk yang menyokong Rusia. 

Encik Eduard Basurin berkata kepada media di Donetsk, "pasukan Ukraine yang berada di Severodonetsk akan berada di sana selama-lamanya."

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan