Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua institusi pendidikan Pasir Gudang ditutup hingga Khamis ini

Semua institusi pendidikan yang terletak di Pasir Gudang ditutup mulai Selasa (25 Jun) hingga Khamis ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua institusi pendidikan Pasir Gudang ditutup hingga Khamis ini

Semua institusi pendidikan yang terletak di Pasir Gudang ditutup mulai Selasa. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 10:57AM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 10:59AM

JOHOR BAHRU: Semua institusi pendidikan yang terletak di Pasir Gudang ditutup mulai Selasa (25 Jun) hingga Khamis ini. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, pada Isnin (24 Jun).

Pengarahnya, Azman Adnan berkata, penutupan itu melibatkan 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan JPN Johor.

“Penutupan itu untuk membolehkan kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru, beliau meminta semua pengetua dan guru besar memaklumkan segera kepada semua murid, guru dan ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan itu.

Menurutnya, jabatan itu akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaan yang terbaik.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan