Semua 50 mangsa serangan Christchurch sudah dikenal pasti - Polis
Polis New Zealand hari ini (21 Mac) mengesahkan semua 50 mangsa serangan pengganas di dua masjid Christchurch minggu lalu sudah dikenal pasti, membolehkan pengebumian dijalankan.

Para pegawai polis di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)
CHRISTCHURCH: Polis New Zealand hari ini (21 Mac) mengesahkan semua 50 mangsa serangan pengganas di dua masjid Christchurch minggu lalu sudah dikenal pasti, membolehkan pengebumian dijalankan.
“Saya boleh katakan proses pengenalan semua 50 mangsa sudah selesai dan semua saudara mara sudah dimaklumkan," menurut Pesuruhjaya Polis, Mike Bush.
Tambah beliau: “Ini adalah satu kejayaan bagi proses ini. Lebih 120 orang, pakar forensik, pegawai polis, pakar antarabangsa, koroner, ahli patologi, terlibat dalam proses itu dengan cara sebaik mungkin sebagai menghormati keluarga mangsa."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.