Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua 14 pekerja yang hilang dalam banjir terowong di China disahkan mati

Mayat kesemua 14 pekerja, yang terperangkap apabila banjir berlaku di terowong yang sedang dibina minggu lalu, sudahpun ditemui.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua 14 pekerja yang hilang dalam banjir terowong di China disahkan mati

Usaha menyelamat di terowong Shijingshan melibatkan penyelam, kapal selam yang bergerak menggunakan alat kawalan jauh dan peralatan teknologi tinggi lain. (Gambar: AP Images)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 07:32PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 07:33PM

BEIJING: Mayat kesemua 14 pekerja, yang terperangkap apabila banjir berlaku di terowong yang sedang dibina minggu lalu, sudahpun ditemui.

Demikian kemas kini pihak berkuasa di Selatan China hari ini (22 Jul).

Satu kenyataan ringkas di laman media sosial pemerintah bandar Zhuhai bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut tentang punca kematian mahupun bencana yang berlaku pada 15 Julai itu.

Terowong Shijingshan adalah sebahagian daripada sebatang lebuh raya yang masih di bawah pembinaan. Ia melewati bahagian bawah takungan air di bandar wilayah Guangdong yang terletak berhampiran dengan Hong Kong dan Makao.

Usaha menyelamat melibatkan para penyelam, kapal selam yang bergerak menggunakan alat kawalan jauh dan peralatan teknologi tinggi lain. Sementara itu, para pekerja di lapangan bergegas untuk mengepam air keluar dari terowong tersebut.

Kerja-kerja kadangkala dihambat oleh asap karbon monoksida daripada jentera yang digunakan di terowong sebagai sebahagian daripada operasi itu.

Mesipun punca kejadian masih belum jelas, laporan-laporan menyatakan bunyi luar biasa didengari dan serpihan bahan mula terjatuh dari satu bahagian terowong dua tiub itu. Satu arahan pemindahan pekerja dikeluarkan kerana air mula deras masuk tetapi 14 pekerja yang mati itu tidak sempat melarikan diri.

Projek binaan itu nampaknya sudah berdepan masalah keselamatan dalam beberapa tempoh. Pada Mac lalu, dua pekerja maut di bahagian lain terowong itu.

Sumber : AP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan