Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sempat alihkan rakan cedera tepi gelanggang, telatah kanak-kanak ini undang tawa netizen

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kenakalan bermain sewaktu zaman kanak-kanak merupakan pengalaman yang sukar dilupakan kerana lebih banyak tawa berbanding air mata.

Baru-baru ini, satu video menunjukkan gelagat sekumpulan kanak-kanak yang bermain ketika hujan mencuri tumpuan ramai, laporan portal says.com.

Menerusi video yang dimuatnaikkan oleh pengguna Tiktok @dekone_bey, gelagat lucu seorang kanak-kanak meninggalkan rakannya yang sedang cedera mencuit hati ramai.
Mereka dengan selamba mengangkat dan mengalihkan tubuh rakannya yang terbaring disebabkan cedera ke tepi gelanggang, lapor says.com.

Lebih menghiburkan, mereka terus sambung bermain dan tidak mengendahkan rakannya yang sedang terbaring seorang diri dalam kesakitan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak itu.

"Member (kawan) tak penting, game (perlawanan) lagi penting dari member", tulis seorang warga net.

"Member belakang cerita, yang penting gol dulu", ujar seorang lagi netizen.

"Selagi member masih bernafas, tiada masalah", kata netizen lain.

Video berkenaan sudah meraih 1 juta tontonan, 97.8 ribu tanda suka dan 1.7 ribu perkongsian di TikTok setakat Isnin (5 Dis).
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan