Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sempadan New Zealand dibuka sepenuhnya setelah ditutup susuli pandemik

Anggaran Waktu Membaca:

WELLINGTON: Sempadan New Zealand sudah dibuka sepenuhnya kepada para pelawat dari merata dunia pada Isnin (1 Ogos), buat pertama kali sejak ditutup akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara itu pada Mac 2020. 

Sempadan New Zealand mula dibuka semula pada Februari bagi rakyat New Zealand dan langkah-langkah sekatan kemudian dilonggarkan secara beransur-ansur. 

Proses membuka semula sempadan sampai ke penghujungnya pada Ahad malam (31 Jul) setelah para pelawat yang memerlukan visa dan pelawat yang memegang status visa pelajar kini dibenarkan kembali ke New Zealand. 

New Zealand kini membenarkan kapal pesiaran dan bot rekreasi untuk berlabuh di perlabuhan-pelabuhan negara itu.

Para pelajar antarabangsa merupakan penyumbang penting kepada ekonomi New Zealand dan para penyedia pendidikan berharap dengan pembukaan semula sempadan, ia akan merangsang sekolah dan universiti di serata negara tersebut. 

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern semasa menyampaikan ucapannya di Sidang Puncak Perniagaan China di Auckland pada Isnin (1 Ogos) berkata fasa terakhir pembukaan semula sempadan adalah detik yang sangat dinanti-nantikan. 

"Ia adalah proses yang dirancang secara berjaga-jaga sejak Februari sedang kami, seiring dengan seluruh dunia, terus hidup bersama pandemik, sambil memastikan rakyat kami selamat." 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan