Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sempadan M'sia dibuka sepenuhnya pada 1 Apr; mula beralih ke fasa endemik

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob hari ini (8 Mac) mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sempadan M'sia dibuka sepenuhnya pada 1 Apr; mula beralih ke fasa endemik

(Gambar: Facebook/Ismail Sabri Yaakob)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob hari ini (8 Mac) mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

"Penting untuk saya maklumkan, Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan 'exit strategy' untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19," katanya dalam sidang media khas di bangunan Parlimen hari ini.

Fasa peralihan itu, katanya merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malaysia menutup sempadan negara kepada pelancong dan pelawat asing sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 untuk mengekang penularan COVID-19 dalam negara.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan