Sembilan terbunuh dalam serangan tembakan Ohio, suspek terbunuh: Polis
WASHINGTON: Sembilan orang terbunuh dalam kejadian tembakan beramai-ramai di Dayton, Ohio yang berlaku siang tadi (4 Ogos). Penyerang ditembak mati oleh pasukan polis.
(Gambar: Reuters/ Jabatan Polis Cincinnati)
WASHINGTON: Sembilan orang terbunuh dalam kejadian tembakan beramai-ramai di Dayton, Ohio yang berlaku siang tadi (4 Ogos). Penyerang ditembak mati oleh pasukan polis.
Insiden tersebut berlaku pada kira-kira 1.00 pagi di daerah Oregon.
"Kami maklum ada seorang penembak dan beberapa mangsa. Penembak itu mati akibat luka tembakan oleh para pegawai yang bertindak," kata Leftenan Kolonel Polis Matt Carper.
"Sembilan mangsa terkorban dan kira-kira 16 lagi mangsa di hospital yang keadaannya tidak diketahui," katanya kepada para wartawan.
Suspek dilaporkan menggunakan "senapang laras panjang dengan beberapa pusingan das tembakan," tambahnya.
Polis kini sedang cuba mengenalpasti suspek dan pasukan FBI dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan.
Insiden itu berlaku beberapa jam menyusuli kejadian tembakan di El Paso, Texas yang menyebabkan 20 orang terbunuh.
Encik Carper berkata Oregon kawasan yang "sangat selamat" di Dayton dan sangat popular dalam kalangan pengunjung.
"Mujur ada beberapa pegawai di kawasan berdekatan apabila kejadian itu berlaku dan tempoh keganasan berlaku sangat singkat. Untuk itu kami amat bernasib baik.
"Ia satu tragedi dan kami sedang melakukan sedaya upaya untuk menyiasat dan cuba mengenalpasti motif di sebalik kejadian ini," kata Encik Carper.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.