Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semangat sambut Tahun Baru Cina di China, di tengah kebimbangan penularan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Semangat sambut Tahun Baru Cina di China, di tengah kebimbangan penularan COVID-19

Para penumpang tiba di stesen kereta api Hongqiao di Shanghai pada 20 Jan 2023, sedang orang ramai pulang ke kampung halaman mereka menjelang perayaan Tahun Baharu Cina. (Gambar: AFP/Hector RETAMAL)

Diterbitkan : 21 Jan 2023 10:22AM Dikemas Kini : 21 Jan 2023 10:22AM

BEIJING: Stesen kereta api dan bas di merata China sesak dengan jutaan penduduk yang melakukan perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena Tahun Baru Cina. Dikenali juga sebagai pesta musim bunga, cuti tahunan itu menyaksikan pergerakan keluar masuk paling besar di dunia, sekali gus meningkatkan kebimbangan tentang lonjakan baru kes COVID-19.

Namun, para pegawai berkata penularan koronavirus di negara itu sudah mencapai kemuncaknya.

Dalam komen yang dilaporkan media negara lewat Khamis (19 Jan), Naib Perdana Menteri Sun Chunlan berkata virus itu berada pada tahap "agak rendah", sementara pegawai kesihatan menjelaskan bahawa jumlah pesakit COVID-19 di hospital dan mereka yang dalam keadaan kritikal semakin merosot.

Sekalipun demikian, terdapat keraguan yang meluas mengenai keadaan sebenar penularan virus itu di China. Sejak sekatan ketat COVID-19 dan pelaksanaan ujian secara besar-besaran digugurkan bulan lalu, hospital dan rumah mayat di negara tersebut didapati terus dibebani kes yang tinggi.

Perubahan mendadak terhadap dasar sifar COVID-19 secara tidak langsung mendedahkan 1.4 bilion penduduk negara itu kepada COVID-19, yang mana sebahagian besarnya dilindungi daripada virus tersebut sejak ia muncul di bandar Wuhan pada lewat 2019.

Sesetengah pakar kesihatan menjangkakan lebih sejuta orang akan meninggal dunia disebabkan virus tersebut di China tahun ini. Malah, firma data kesihatan yang berpangkalan di Britain, Airfinity meramalkan jumlah kematian akibat COVID boleh mencecah 36,000 sehari pada minggu depan.

Menurut unjuran pemerintah, lebih 2 bilion perjalanan dijangka dilakukan di sekitar China antara 7 Januari dengan 15 Februari.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa