Semakin ramai rakyat Malaysia cari kerja di SG di tengah inflasi, kemerosotan nilai ringgit
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Fadza Ishak/CNA
SINGAPURA: Untuk tiba di pejabatnya di Singapura tepat pada masanya, eksekutif pentadbiran Gunavathi Chinasamy perlu sampai di Kastam Johor Bahru sekurang-kurangnya dua jam sebelum pukul 10.00 pagi.
Selepas wanita berusia 29 tahun itu selesai bertugas pada pukul 6.00 petang, dia akan sampai di rumahnya di Malaysia pada sekitar 10.00 malam.
Ini sudah menjadi rutin harian rakyat Malaysia itu di Johor Bahru selama hampir sedekad. Namun, dia tetap berpuas hati dan tidak akan memilih mana-mana rutin lain, jika diberikan peluang.
Cik Gunavathi, bekerja di sebuah agensi pengambilan pekerja, di mana dia membawa pulang antara S$2,500 hingga S$2,800 sebulan. Di sesi temu duga bagi peranan serupa di Malaysia, dia ditawarkan kira-kira RM3,000 (S$855).
"Jika saya akan dibayar (lebih) untuk jumlah tenaga dan usaha sama yang saya lakukan hanya dengan merentasi sempadan sesebuah negara dua jam lebih awal, saya fikir saya lebih cenderung kepada pilihan itu," ujarnya.
Cik Gunavathi tidak bersendirian: Semakin ramai rakyat Malaysia sedang mencari pekerjaan di Singapura, dan atas sebab-sebab serupa, seperti kadar pertukaran wang dan situasi ekonomi di tanah air mereka sendiri, menurut para perekrut.
Ringgit Malaysia semakin menyusut sejak 2023 dan pada Februari lalu, ia jatuh ke paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia pada hujung 1990-an, merosot ke paras melepasi 4.8 berbanding dolar Amerika.
Ia mengukuh sedikit kepada 4.778 menjelang pukul 11.04 pagi pada 15 Apr, dan diperdagangkan pada kadar 3.513 berbanding dolar Singapura.
Malaysia juga mencatatkan kadar inflasi 1.8 peratus pada Februari berbanding tempoh yang sama setahun lalu bagi tiga bulan berturut-turut sejak November tahun lalu.
Perangkaan akhir pada Februari lalu melepasi ramalan 1.4 peratus yang diunjurkan oleh 13 ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters baru-baru ini.
MINAT YANG MENINGKAT
Agensi pengambilan pekerja Nala Employment menyaksikan sekurang-kurangnya kenaikan sebanyak 50 peratus pada jumlah panggilan bagi talian umum daripada rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan, jelas pengarahnya Jim Wee.
Di Cultivar Staffing & Search, data dalaman menunjukkan bahawa iklan pekerjaan dalam tempoh tiga bulan sebelumnya menarik sehingga 30 peratus lebih pemohon kerja di Malaysia, berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan di Singapura, lazimnya menimbangkan sektor-sektor termasuk khidmat runcit dan makanan, pengilangan, kejuruteraan, perindustrian dan teknologi serta jagaan kesihatan, jelas agensi itu.
Selain naik turun nilai mata wang dan ekonomi, para perekrut berkata Singapura sering menjadi "pilihan pertama" rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara - terutamanya bagi mereka yang tinggal di Johor Bahru - disebabkan oleh kemudahan perjalanan rentas sempadan, ekonomi yang kukuh, gaji yang lebih lumayan, peluang pekerjaan dan persekitaran kerja yang lebih baik.
Tahun lalu, jumlah pengambilan pekerja di Singapura meningkat sebanyak 88,400, dengan 83,500 daripada pekerjaan itu diberikan kepada pekerja bukan penduduk tempatan dan terutama sekali dalam sektor binaan dan pengilangan, menurut laporan pasaran buruh terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada Mac.
Sebilangan besar kenaikan dalam pengambilan pekerja hijrahan melibatkan pekerjaan yang bukan "biasanya" dikenal pasti sebagai antara jenis pekerjaan yang ingin dilakukan rakyat Singapura, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng di Parlimen awal bulan ini.
Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp, MOM menyatakan ia "tidak dijangka" Singapura akan terus menyaksikan mobiliti buruh yang tinggi antara kedua-dua negara, dengan lokasi geografi yang dekat antara satu sama lain, kerjasama perdagangan yang kukuh dan persamaan budaya yang tinggi.
"Singapura komited untuk bersikap terbuka dan mengalu-alukan warga asing yang membawa masuk kemahiran yang diperlukan untuk melengkapi tenaga kerja tempatan," jelas seorang jurucakap.
KESAN LEBIH RAMAI PEKERJA RAKYAT MALAYSIA
Agensi-agensi pengambilan pekerja memberitahu Mediacorp bahawa mereka tidak menjangkakan para majikan di Singapura akan menggajikan lebih ramai rakyat Malaysia berbanding warga tempatan.
Lebih banyak permohonan hanya bermakna kini terdapat "lebih banyak pilihan" calon untuk disenarai pendek, kata Encik Ng dari Cultivar Staffing & Search.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.