Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semakin ramai diberkas di India bagi kendurkan ketegangan susuli komen hina Nabi Muhammad

Anggaran Waktu Membaca:
Semakin ramai diberkas di India bagi kendurkan ketegangan susuli komen hina Nabi Muhammad

(Gambar: Tauseef Mustafa/AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2022 06:46PM Dikemas Kini : 12 Jun 2022 06:46PM

SRINAGAR: Polis Kashmir di India memberkas seorang belia kerana memuat naik video yang mengugut akan memenggal kepala bekas jurucakap parti pemerintah India kerana mengeluarkan komen yang menghina Nabi Muhammad, menurut para pegawai pada Ahad (12 Jun). 

Video yang disebarkan di YouTube itu dipadamkan oleh pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk membendung pergolakan yang sudah merebak ke seluruh negara. 

Umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya bagi membantah komen anti-Islam yang dikeluarkan pada minggu lalu oleh dua anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Awal bulan ini, BJP menggantung tugas jurucakapnya Nupur Sharma dan memecat seorang lagi pemimpin, Naveen Kumar Jindal, atas kenyataan mereka terhadap riwayat Nabi Muhammad yang mencetuskan kemarahan beberapa negara Islam, sekali gus menimbulkan cabaran diplomatik kepada pemerintah pimpinan Encik Modi. 

Aduan polis sudah difailkan terhadap dua bekas pegawai BJP itu. 

Negara-negara Islam seperti Qatar, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Oman dan Iran yang merupakan rakan-rakan perdagangan utama India mengemukakan bantahan menerusi saluran-saluran diplomatik dan menggunakan media sosial untuk menuntut permohonan maaf daripada pemerintah India. 

Kementerian Luar India pada minggu lalu menegaskan bahawa catatan di Twitter dan komen-komen yang dikeluarkan itu tidak mencerminkan pandangan pemerintah. 

Pertempuran yang disebabkan oleh komen-komen anti-Islam itu sudah mula mereda di India, dengan sesetengah anggota masyarakat Islam menyifatkannya sebagai satu tamparan hebat kepada pemerintah BJP berhubung isu-isu berkaitan kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama dan pemakaian hijab. 

Dua remaja terbunuh apabila para penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Ranchi, timur India pada minggu lalu. 

Tunjuk perasaan yang tercetus di wilayah Uttar Pradesh, utara India mendorong polis untuk memberkas lebih 300 individu. 

Di wilayah Benggala Barat pula, pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang darurat yang mengharamkan perhimpunan di tempat awam di daerah perindustrian Howrah sehingga 16 Jun. 

Sekurang-kurangnya 70 orang diberkas atas dakwaan merusuh dan mengganggu ketenteraman awam, dengan khidmat Internet digantung selama lebih 48 jam menyusuli keganasan tersebut.

Para pemimpin BJP mengeluarkan arahan kepada para anggota kanan parti supaya "berhati-hati" apabila menyentuh tentang isu-isu agama di platform-platform awam dan pemerintah akan terus mengetatkan tahap keselamatan awam. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa