Semakin banyak firma MNC buka pusat data di Johor; manfaatkan lokasi dekat dengan SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
KULAI: Kulai, yang terletak kira-kira 70 kilometer dari utara Singapura, terkenal dengan ladang getah dan ladang kelapa sawitnya di Johor.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para pengunjung ke Kulai akan dapat melihat beratus-ratus ekar tapak binaan dengan kren dan pekerja binaan.
Dalam masa tiga tahun, tapak-tapak tersebut akan menjadi taman perindustrian yang bakal menempatkan pelbagai pusat data – bangunan-bangunan yang akan menempatkan komputer-komputer berkelajuan tinggi, serta dan alat penghala (router) yang menyimpan, memproses dan mengedarkan data raya.
Pergantungan dunia yang semakin meningkat kepada teknologi berasaskan pengkomputeran awan telah memacu pertumbuhan pusat data dan Johor telah menjadi salah satu kawasan utama di Malaysia.
Khususnya, selatan Johor, disebabkan oleh lokasinya yang terletak berdekatan dengan hab kewangan Singapura dan kelebihannya seperti tanah yang banyak dan kuasa yang lebih murah, boleh meletakannya di kedudukan yang baik untuk menjadi pemain utama serantau, menurut para pakar.
Para pemain utama pusat data seperti Nvidia, AirTrunk, GDS International, YTL Power serta Princeton Digital Group telah membuka operasi di sana, dan gergasi teknologi Microsoft dilaporkan telah membeli tanah di Kulai untuk membuka sebuah pusat data.
Menurut laman sumber Baxtel, Johor mempunyai 13 kemudahan pusat data merangkumi lebih 1.65 juta kaki persegi dari segi keluasan tanah. Johor juga disenaraikan sebagai pasaran pusat data terbesar di Malaysia dan kesembilan terbesar di Asia Pasifik. Menurut Baxtel, lagi empat pusat data sedang dibina di Johor.
Johor dijangka menarik RM17 bilion (S$4.8 bilion) dalam pelaburan pusat data baharu tahun ini, mengukuhkan lagi RM51.1 bilion (S$14.6 bilion) yang dilaburkan pada 2022, menurut agensi hartanah Malaysia Zerin Properties.
Kerajaan Malaysia juga telah menyokong ekosistem pusat data Johor dengan membina taman perindustrian dengan infrastruktur yang sesuai. Antara yang terbesar di negeri itu adalah Sedenak Tech Park (STeP) seluas 745 ekar dan Nusajaya Tech Park seluas 509 ekar.
SYARIKAT CHINA TERTARIK DENGAN JOHOR
Perkembangan pusat data Johor dipacu oleh jaraknya yang dekat dengan Singapura yang kekurangan tanah, yang antara 2019 dan 2022, menghentikan pembangunan pusat data baharu.
Faktor lain ialah persaingan strategik Amerika Syarikat-China, yang telah mendorong syarikat-syarikat dari China dan Barat untuk mempelbagaikan dan berkembang di Asia Tenggara dalam ruang infrastruktur semikonduktor dan digital.
Dr Ong Kian Ming, mantan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia, berkata industri pusat data di Johor akan menarik perhatian kedua-dua belah pihak dalam perang perdagangan.
“Bukan sahaja terdapat permintaan daripada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tetapi banyak syarikat China juga sedang mencari peluang untuk melabur dalam pusat data di Johor dan bahagian lain di Malaysia,” katanya.
"Ini tidak mendapat liputan media yang meluas kerana banyak syarikat mahu mengekalkan profil rendah supaya mereka tidak mendapat perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat," tambah Dr Ong, yang juga ahli Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebuah agensi berkaitan kerajaan yang menyelia inisiatif pelaburan di seluruh negara.
Merujuk kepada perjanjian AS$4.3 bilion (S$5.8 bilion) antara konglomerat Malaysia YTL Power dan gergasi teknologi Amerika Nvidia, yang mengumumkan pada akhir 2023 untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dalam kemudahan pusat data YTL di Kulai, Dr Ong berkata ia menunjukkan bagaimana Malaysia boleh menikmati manfaat daripada semikonduktor, industri pusat data dan ruang AI.
Syarikat-syarikat China juga telah memasuki pasaran pusat data Johor.
Bridge Data Centres, firma yang disokong oleh firma teknologi China ByteDance, mengumumkan pembukaan kemudahannya di STeP pada Oktober dalam satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.
KOS RENDAH TARIK MINAT SINGAPURA
Lokasi Johor yang dekat dengan Singapura telah menyebabkan banyak syarikat berbilang negara (MNC) yang berpangkalan di Singapura berkembang merentasi Tambak Johor untuk memanfaatkan tanah Johor yang lebih murah, kos binaan serta perbelanjaan operasi, terutamanya tarif elektrik, untuk pusat data mereka.
Profesor Madya Lee Poh Seng dari fakulti kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata lokasi Johor menjadi "kelebihan strategiknya".
Singapura menghadapi kekangan seperti bekalan tanah, bekalan tenaga serta keprihatinan melibatkan kemampanan, menurut Dr Wen Yonggang dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) melancarkan inisiatif "SG+" untuk menggalakkan syarikat-syarikat berbilang negara (MNC) menubuhkan ibu pejabat masing-masing di Singapura bagi memanfaatkan rangkaian perjanjian perdagangan bebas serta kemahiran khusus dalam bidang teknologi.
Pada masa yang sama, inisiatif itu menggalakkan syarikat-syarikat tersebut untuk mempelbagaikan rantaian bekalan mereka dan mengembangkan perniagaan mereka ke kawasan-kawasan seperti Johor dan Batam, yang mempunyai taman perindustrian dan kos pengilangan yang lebih rendah.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ) juga dapat meningkatkan pelaburan pusat data Johor, kata Dr Ong.

Perjanjian tersebut akan menyaksikan Singapura dan Johor berusaha ke arah meningkatkan aliran rentas sempadan bagi barangan dan rakyat antara kedua-dua negara.
Singapura dan Malaysia juga sedang meneroka inisiatif lain dalam perjanjian SEZ, termasuk sistem pelepasan bebas pasport di kedua-dua negara.
Syarikat Singapura yang sudah membuka operasi pusat data di STeP ialah Princeton Digital Group (PDG). Kemudahan utama syarikat itu, dengan kampus 150 MW, akan dibuka pada tahun ini.
Ia adalah kampus keenam PDG selepas ia dibuka di Singapura, China, Indonesia, India dan Jepun.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.