Skip to main content

Dunia

Seluruh barisan pemerintah Jepun letak jawatan, persediaan untuk rombakan pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:

TOKYO: Seluruh barisan kabinet Jepun sudah meletakkan jawatan, lapor Sputnik yang memetik laporan agensi berita Kyodo.

Satu mesyuarat khas kabinet diadakan pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Pemerintah baru Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

Mengikut rancangan awal, rombakan pemerintah sepatutnya dilakukan pada awal September.

Namun, kerana ingin segera memperkenalkan konsep ekonomi "kapitalisme baru" beliau, keperluan untuk mengambil tindakan berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api, dan bertujuan membuat persiapan awal bagi sidang parlimen, Encik Kishida memutuskan untuk segera melakukan proses rombakan dalam pemerintah. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita