Seluruh bangunan kondominium terpaksa dikosongkan gara-gara tikus
Siapa sangka haiwan sekecil seekor tikus mampu mencetuskan kekecohan di sebuah bangunan kondominium sehingga semua penghuni perlu mengosongkan bangunan buat sementara waktu.
Rakaman CCTV menunjukkan tikus dalang dalam satu insiden di sebuah kondominium. (Petikan gambar dari video Twitter)
WASHINGTON: Siapa sangka haiwan sekecil seekor tikus mampu mencetuskan kekecohan di sebuah bangunan kondominium sehingga semua penghuni perlu mengosongkan bangunan buat sementara waktu.
Itulah yang terjadi baru-baru ini. Penggera kebakaran kondominium tiba-tiba berbunyi dan orang ramai diarahkan supaya mengosongkan bangunan secepat mungkin.
Namun, para pegawai keselamatan tidak mengesan sebarang kebakaran mahupun kerosakan di bangunan tersebut, lapor NBC Washington. Mereka kemudian memutuskan untuk memeriksa rakaman CCTV bagi mencari punca sistem amaran kebakaran diaktifkan.
Setelah diperiksa dengan teliti, mereka mendapati seekor tikus dalang insiden tersebut.
NBC Washington difahamkan haiwan itu berkeliaran berdekatan dengan pintu masuk bangunan berkenaan. Rakaman CCTV menunjukkan ia memanjat sebatang pagar besi lalu melompat dan memecahkan kotak penggera kebakaran yang dipasang pada dinding bangunan.
Video rakaman CCTV itu dikongsi NBC Washington baru-baru ini dan sejak itu menjadi tular. Dalam tempoh tiga hari sahaja, video tersebut mendapat lebih 13,000 "likes" di laman Twitter. Video tersebut juga tular di laman Facebook.
Ramai bahkan terhibur dengan kisah di sebalik insiden tersebut. Sebahagian besar mengatakan rakaman video itu amat berharga kerana mereka sama sekali tidak menjangkakan seekor haiwan kecil mempu mencetuskan kekecohan.
"Mujur ada rakaman ini. Jangan terkejut sangat, kerana tidak pernah lihat tikus lakukan perkara ini," tulis seorang pengguna Twitter.
Sebelum ini, video-video yang menunjukkan 'aksi' tikus cuba membawa lari kepingan piza di Amerika sempat menjadi popular di media sosial.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.