Selisih faham punca kejadian Hilux, Vios langgar lari
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang Lama pada Selasa lalu (28 Jan).
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Azry Akmar Ayob berkata, siasatan berdasarkan laporan diterima berkaitan kejadian yang membawa kepada penangkapan empat lelaki warga tempatan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis (30 Jan).
"Penangkapan dijalankan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, lapor Sinar Harian.
"Kesemua suspek berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan kira-kira pukul 7.00 pagi dan akan direman untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis (30 Jan).
Menurutnya lagi, siasatan awal setakat ini mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham, lapor Sinar Harian.
"Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa semasa berhibur.
"Setakat ini punca lain yang mengakibatkan berlakunya kejadian ini masih dalam siasatan polis," katanya lagi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan suasana berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama gempar apabila sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan mengakibatkan dua cedera pada Selasa lalu.
Kejadian itu dirakam oleh orang awam sebelum didapati tular di media sosial memaparkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios awalnya dilihat memandu secara melulu.
Dua kenderaan terbabit secara tiba-tiba merempuh sekumpulan individu yang berada di tepi jalan dekat pusat hiburan di lokasi tersebut.
Beberapa individu dilihat cuba menghalang tindakan pemandu kedua-dua kenderaan, namun gagal, seperiti dinukil laporan Sinar Harian.
Video berdurasi 48 saat itu turut memaparkan dua kenderaan itu dilihat beberapa kali melanggar sekumpulan individu di lokasi tersebut sebelum berlalu pergi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya daripada orang awam yang menyaksikan kejadian.

Laporan Berkaitan:
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.