Selesema, jangkitan COVID-19 melonjak di Amerika Syarikat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/MARIO TAMA)
LOS ANGELES: Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan pada jumlah jangkitan selesema dan COVID-19 di seluruh negara, dengan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Bilangan mereka yang diuji positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital dengan simptom yang teruk, juga semakin meningkat.
Kira-kira 10 peratus ujian COVID-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat adalah positif pada minggu terbaharu yang berakhir pada 25 November, mengikut data CDC.
Ketibaan pesakit yang didiagnosis sebagai COVID-19 ke jabatan kecemasan meningkat lebih daripada 10 peratus dalam minggu terkini berbanding minggu sebelumnya.
Kemasukan ke hospital akibat COVID-19 hampir mencecah 20,000 orang untuk minggu yang berakhir pada 25 November atau lonjakan sebanyak 10 peratus, dedah data CDC.
COVID-19 terus merekodkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi penyakit berkaitan pernafasan, dengan kira-kira 15,000 dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,000 kematian setiap minggu, kata Pengarah CDC, Mandy Cohen.
Sementara itu, kadar selesema juga semakin meningkat, dengan kadar positif ujian sebanyak 6 peratus di seluruh negara, dan 4,268 kemasukan ke hospital untuk minggu yang berakhir pada 25 November.
Menurut data CDC, lapan kanak-kanak dan kira-kira 1,100 orang dewasa meninggal dunia disebabkan penyakit berkaitan selesema sepanjang musim ini.
Aktiviti influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan bahagian negara itu terutama di bahagian selatan tengah, tenggara dan pantai barat, tambah CDC dalam laporan mingguannya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.