Selesema burung merebak di Eropah, Asia
Beberapa kejadian penularan teruk demam selesema burung di Eropah dan Asia dilaporkan baru-baru ini kepada Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE), satu petanda bahawa virus itu kembali merebak dengan cepat.
Gambar fail: AFP
PERANCIS: Beberapa kejadian penularan teruk demam selesema burung di Eropah dan Asia dilaporkan baru-baru ini kepada Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE), satu petanda bahawa virus itu kembali merebak dengan cepat.
Penularan selesema burung yang amat mudah dijangkiti itu membuat industri ayam itik diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas penularan sebelum ini menyebabkan puluhan juta ayam itik terpaksa dimatikan, lapor Reuters.
Penularan sedemikian juga biasanya membawa kepada sekatan dagangan.
Keadaan itu juga juga menarik perhatian pakar epidemiologi kerana virus flu burung boleh menjangkiti manusia. China melaporkan 21 kes jangkitan selesema burung H5N6 dalam kalangan manusia sejauh ini, lebih banyak berbanding sepanjang 2020.
Korea Selatan pula melaporkan penularan di ladang ternakan dengan sekitar 770,000 ayam itik terjejas di Chungcheongbuk-do, menurut OIE pada Isnin (15 Nov), memetik laporan penguasa Korea Selatan. Kesemua burung itu sudahpun dimatikan.
Dalam pada itu Jepun melaporkan penularan pertamanya pada musim sejuk 2021 di ladang ternakan di bahagian timur laut negara itu, lantas mengesahkan kenyataan kementerian pertanian Jepun minggu lalu. Jenis penularan itu ialah H5N8.
Di Eropah, Norway melaporkan penularan selesema burung jenis H5N1 di wilayah Rogaland dalam kalangan 7,000 burung, menurut OIE.
Penularan umumnya menurut laporan Reuters, berlaku pada musim luruh, dengan virus merebak dibawa burung liar yang terbang berhijrah.
Belgium pula mengarahkan ladang ternakan unggas dikenakan perintah berkurung setakat Isnin, selepas jenis selesema burung yang amat mudah dijangkiti dikesan pada seekor angsa liar di Antwerp.
Langkah itu serupa yang dilaksanakan di Perancis awal bulan ini dan di Belanda pada Oktober.
Selesema burung tidak boleh dijangkiti daripada produk ayam itik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.