Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Selepas Xi Jinping, Li Keqiang dipilih semula sebagai perdana menteri buat penggal kedua

Parlimen China memilih semula Encik Li Keqiang sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua pagi tadi (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas Xi Jinping, Li Keqiang dipilih semula sebagai perdana menteri buat penggal kedua

Gambar: FRED DUFOUR/AFP

Diterbitkan : 18 Mar 2018 07:34PM Dikemas Kini : 18 Mar 2018 07:37PM

BEIJING: Parlimen China memilih semula Encik Li Keqiang sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua pagi tadi (18 Mac).

Semasa pengundian, hanya dua daripada hampir 3,000 anggota parlimen menolak pelantikan semula Encik Li.

Perdana Menteri adalah pemimpin kedua paling berkuasa di China.

Sebagai ketua kabinet, Perdana Menteri China lazimnya menyelia dasar ekonomi negara.

Dalam penggal pertamanya sepanjang lima tahun lalu, PM Li berusaha untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan.

Parlimen juga pagi tadi melantik Encik Yang Xiaodu sebagai Ketua Suruhanjaya Penyeliaan Negara.

Beliau adalah calon tunggal dan agensi baru anti rasuah itu amat berkuasa.

Berusia 64 tahun, Encik Yang bertugas di pusat kewangan China di Shanghai dari tahun 2001 hingga 2014. 

Sumber : Reuters/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan