Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Selepas perjanjian UAE-Israel, Kushner gesa negara Arab lain menyusul

Selepas mengiringi rombongan Israel ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk rundingan bersejarah bagi menyambung semula hubungan, penasihat Rumah Putih, Jared Kushner memulakan lawatan ke ibu kota negara-negara Teluk lain pada Selasa (1 Sep), dengan tujuan menggembleng sokongan lebih banyak negara Arab.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas perjanjian UAE-Israel, Kushner gesa negara Arab lain menyusul

Jared Kushner (dua dari kiri) semasa kunjungan ke UAE bersama rombongan Israel pada 1 Sep (Gambar: Reuters/Dan Williams)

Diterbitkan : 02 Sep 2020 10:16AM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 10:25AM

PANGKALAN UDARA AL-DHAFRA: Selepas mengiringi rombongan Israel ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk rundingan bersejarah bagi menyambung semula hubungan, penasihat Rumah Putih, Jared Kushner memulakan lawatan ke ibu kota negara-negara Teluk lain pada Selasa (1 Sep), dengan tujuan menggembleng sokongan lebih banyak negara Arab.

Israel dan UAE menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama untuk bekerjasama dalam perkhidmatan kewangan semasa rundingan di ibu kota UAE, Abu Dhabi. Encik Kushner, menantu Presiden Donald Trump, mengiringi rombongan Israel pada Isnin yang disifatkan sebagai penerbangan komersial Israel pertama ke negara Teluk yang berpengaruh itu, yang bersetuju pada Ogos untuk menyambung semula hubungan diplomatik.

Israel dan negara-negara jiran Mesir dan Jordan menubuhkan kedutaan di negara satu sama lain di bawah perjanjian damai beberapa dekad lalu. Namun hingga kini, semua negara Arab lainnya menuntut agar Israel menyerahkan lebih banyak wilayah kepada rakyat Palestin terlebih dahulu.

Dalam kenyataan yang dilaporkan oleh agensi berita negara UAE, WAM, Encik Kushner menyarankan negara Arab lain agar cepat menyusul. Ketika ditanya bila negara Arab seterusnya akan menyambung semula hubungan diplomatik dengan Israel, beliau dipetik sebagai berkata: "Kita harap dalam beberapa bulan."

Encik Kushner kemudian terbang ke Bahrain dan kemudian Arab Saudi dan dijangka akan mengunjungi Qatar.

Walaupun belum ada negara Arab lain yang menyatakan kesediaannya untuk mengikuti jejak UAE, negara terkaya, Arab Saudi, membenarkan penerbangan ditempah khas El Al yang membawa Encik Kushner dan rombongan Israel menggunakan ruang udaranya.

Di Bahrain, yang menempatkan markas tentera laut Amerika Syarikat bagi rantau itu, agensi berita negara melaporkan bahawa dalam pertemuannya dengan Encik Kushner, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa memuji peranan UAE dalam mempertahankan kepentingan Arab dan Islam.

Di Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Encik Kushner membincangkan keperluan untuk rakyat Palestin dan Israel menyambung semula rundingan dan mencapai perdamaian berkekalan, lapor agensi berita negara, SPA.

UAE, Amerika Syarikat dan Israel pada Isnin menggesa rakyat Palestin untuk "kembali berunding" dengan Israel, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh agensi berita UAE.

Sumber : Reuters/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa