Selepas perisytiharan darurat, Nazri Aziz tarik sokongan terhadap kerajaan PN
Ahli Parlimen Padang Rengas daripada UMNO Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas daripada UMNO Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat UMNO di sini, hanya selepas beberapa jam Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas mengenai Pengisytiharan Proklamasi Darurat di seluruh negara.
Pengumuman itu menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen yang ketiga daripada blok kerajaan berbuat demikian selepas perkara sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Machang Encik Ahmad Jazlan Yaakob, kedua-duanya juga dari UMNO.
Menurut Encik Mohamed Nazri, keputusan itu dibuat atas mandat yang diberikan UMNO Bahagian Padang Rengas dan pendirian yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Encik Nazri, yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, mendakwa penarikan sokongan beliau itu bermakna kerajaan kini hanya mempunyai sokongan 109 Ahli Parlimen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.