Skip to main content

Dunia

Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (18 Nov) melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lalu (11 Nov) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar

Gambar: Zahid Hamidi/Facebook

Diterbitkan : 18 Nov 2017 09:57PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 10:02PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (18 Nov) melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lalu (11 Nov) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh," kata Dr Ahmad Zahid dalam catatan di Twitter dan Facebook.

Beliau turut memuat naik sekeping gambarnya dan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat mantan ketua pembangkang itu.

Semalam (17 Nov), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga meluangkan masa melawat Datuk Seri Anwar di HKL.

Pada 22 Sept lalu, Datuk Seri Anwar, yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatannya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Beliau dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi menyusuli kecederaan di bahu kanannya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita