Skip to main content

Dunia

Selepas isteri Mahathir, Agong pula ziarah Azmin di hospital

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam (5 Feb) menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas isteri Mahathir, Agong pula ziarah Azmin di hospital

Yang di-Pertuan Agong menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia di hospital. (Gambar: Farah Amira Mohamed Azmin/Twitter)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 09:39AM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 09:55AM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam (5 Feb) menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.

Anak Encik Mohamed Azmin, Farah Amira, menerusi akaun Twitternya berkongsi dua gambar yang memaparkan Sultan Abdullah melawat ayahnya di wad hospital.

"Saya dan keluarga menjunjung kasih di atas keberangkatan Ke bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli menziarahi Abah @AzminAli petang ini.

"Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara," kata Cik Farah Amira di laman Twitternya.

Bagaimanapun, Cik Farah Amira tidak mendedahkan di mana pusat perubatan dan rawatan yang diterima Encik Mohamed Azmin.

Pada Selasa (5 Feb), isteri perdana menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menziarahi Mohamed Azmin yang turut ditemani isterinya, Shamsidar Taharin. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita