Selatan China dilanda ribut, 5 maut
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Sebahagian besar kawasan di selatan China dilanda ribut yang buruk, menyebabkan banjir di kawasan bandar dan tanah runtuh di luar. Keadaan hujan itu adalah yang pertama pada musim panas yang amat lebat sekali, dengan beberapa kawasan mencatat hujan paling lebat dalam tempoh 60 tahun.
Berdasarkan video yang tersebar di media sosial di China, jalan-jalan raya bertukar menjadi sungai dengan kereta dan rumah satu tingkat dihanyutkan arus di sekurang-kurangnya dua daerah di wilayah Guizhou di barat daya negara pada Sabtu (18 Jun).
Di wilayah autonomi bersebahan, Guangxi, lima penduduk kampung terbunuh apabila sebuah rumah yang dibina daripada kayu runtuh selepas dilanda hujan lebat, menurut media pemerintah pada Sabtu.
Kejadian jalan berlumpur dan tanah runtuh juga dilaporkan.
Menurut ramalan cuaca pada Ahad (19 Jun), hujan lebat akan berterusan di wilayah Guizhou, Jiangxi, Anhui dan Zhejiang serta di Guangxi sehingga awal minggu depan, yang dikenali penduduk sebagai kemuncak 'air perahu naga'.
Di selatan China, beberapa minggu sebelum dan selepas Pesta Perahu Naga pada awal Jun, secara tradisinya mengalami cuaca yang tidak menentu serta hujan apabila udara panas dan lembap di selatan bertembung dengan udara yang lebih sejuk dari utara.
Hujan ribut pada awal musim panas lebih buruk dan lebih panjang berbanding kebiasaan tahun ini.
Jumlah hujan di Guangxi, Guangdong dan Fujian berada pada tahap tertinggi sejak 1961, menurut biro cuaca tempatan.
China daripada segi sejarah memang terdedah kepada banjir musim panas. Namun sejak kebelakangan ini, negara itu lebih terdedah akibat penebangan hutan, penambakan tanah lembap dan penyimpanan air untuk penjanaan kuasa serta pengairan. Perubahan iklim juga dipersalahkan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.