Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Selangor tidak akan bubar DUN dalam masa terdekat atau sebelum Raya, kata Menteri Besar

Anggaran Waktu Membaca:
Selangor tidak akan bubar DUN dalam masa terdekat atau sebelum Raya, kata Menteri Besar

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kiri) dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (dua, kanan) di sidang media selepas Mesyuarat Dua Hala Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor pada 27 Jan 2023. (Gambar: Bernama)

KUANTAN: Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, setakat ini perbincangan ke arah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masih berjalan, namun ia bukan mengenai membubarkan kerajaan.

"Kita sedang membincang, Insya-Allah dalam masa terdekat. Setakat ini saya boleh membayangkan tidak (bubar) dalam masa terdekat, sebab (mungkin) selepas Aidilfitri. Sebelum raya tidak ada pembubaran, kalau (saya) boleh confirmkan," katanya, lapor agensi berita Astro Awani.
Beliau berkata demikian selepas berakhirnya mesyuarat dua hala Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor di Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Ketika ditanya mengenai laporan kononnya Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkemungkinan dicadangkan sebagai Menteri Besar Selangor, Encik Amirudin menjelaskan soalan itu perlu diajukan kepada pemimpin tersebut.

"Kena tanya dia (Tengku Zafrul)," ujar beliau lagi, lapor Astro Awani.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan