Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Selangor kenal pasti 52 kawasan risiko banjir, gesa penduduk buat persiapan awal

Anggaran Waktu Membaca:
Selangor kenal pasti 52 kawasan risiko banjir, gesa penduduk buat persiapan awal

Seorang mangsa banjir menyelamatkan barangan dari rumahnya yang tenggelam dalam air bah di Shah Alam, Selangor, pada 21 Dis 2021, ketika Malaysia dilanda bencana banjir terburuk. (Gambar: Arif Kartono/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 05:45PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 05:45PM

SHAH ALAM: Penduduk negeri Selangor perlu berwaspada dan bersedia lebih awal berikutan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sudah mengenal pasti 52 kawasan 'hotspot' banjir selain 307 kawasan berisiko banjir di Malaysia. 

Menerusi grafik kawasan berisiko banjir dan hotspot bagi persediaan air pasang besar dan Monsun Timur Laut dikeluarkan JPS Selangor baru-baru ini, kawasan berisiko berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan kejadian bencana banjir sebelum ini.

"Kawasan 'hotspot' banjir membabitkan 52 kawasan di lapan daerah iaitu 14 di Klang, masing-masing sembilan di Hulu Langat dan Sepang, lapan di Gombak, lima di Petaling, empat di Kuala Selangor, dua di Sabak Bernam serta satu di Kuala Langat.

"Kawasan 'hotspot' banjir ini mengalami bencana lebih atau sekurang-kurangnya tiga kali dari rekod kawasan banjir bermula tahun 2019 hingga 2022," demikian maklumat dikeluarkan JPS, seperti dinukil Harian Metro. 

Dalam pada itu, sebanyak 307 kawasan berisiko banjir turut dikenal pasti di seluruh Selangor membabitkan semua daerah terutamanya Klang (65 kawasan), Hulu Langat (48 kawasan), Petaling (43 kawasan), Sepang (40 kawasan), Kuala Selangor (38 kawasan), Kuala Langat (29 kawasan), Gombak (24 kawasan), Hulu Selangor (11 kawasan) dan Sabak Bernam (9 kawasan).

(Gambar: Agensi berita)
Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa