Selangor fatwakan amalan dan ajaran GISBH sesat
Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Ia sudah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu (16 Okt).
Berdasarkan fatwa yang diwartakan itu, mana-mana orang Islam di Selangor dilarang dan dibatalkan untuk beramal, berpegang, menjadi pengikut, mengajar, menyebarkan, mengembangkan dan menyokong fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH dan rangkaiannya.
Larangan itu termasuk apa-apa fahaman, ajaran, pegangan atau amalan lain yang mempunyai persamaan dengan amalan GISBH yang sudah diharamkan, lapor Berita Harian Malaysia.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selaras dengan pewartaan fatwa tersebut, masyarakat di negeri itu dinasihatkan supaya menghormati dan tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan fatwa yang diwartakan.
"Selaras dengan fatwa itu juga, mana-mana orang Islam yang sudah menyertai, mengamalkan atau berpegang kepada fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ini hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
"Pihak berkuasa yang berkaitan pula bertanggungjawab untuk melaksanakan pemulihan kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau berkata, masyarakat Islam di negeri itu dinasihatkan supaya menghormati dan tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan fatwa yang telah diwartakan.
Katanya lagi, mereka yang bertindak mengingkari, melanggar atau mempertikaikan fatwa yang diwartakan disifatkan sebagai melakukan kesalahan mengikut perenggan 12(c) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
"Bagi melaksanakan tanggungjawab pemulihan seperti mana fatwa yang sudah diwartakan, MAIS bersama agensi kerajaan negeri termasuk semua agensi hal ehwal Islam Selangor merangka dan menggerakkan pelan tindakan pemulihan kepada pengikut GISBH termasuk kanak-kanak dan dewasa.
"Pemulihan yang akan dilaksanakan merangkumi perlindungan, bimbingan, pemulihan akidah termasuk melalui proses Istitabah dan kaunseling," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.
Mengulas lanjut, Encik Abdul Aziz berkata, MAIS juga menyatakan sokongan yang padu terhadap program rehabilitasi secara sukarela yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pengikut atau ahli GISBH dan rangkaiannya baru-baru ini.
"MAIS menegaskan bahawa program ini selaras dengan fatwa yang sudah diwartakan, justeru pengikut atau ahli GISBH dan rangkaiannya dialu-alukan untuk hadir secara sukarela bagi tujuan pemulihan ini.
"Pada masa ini, MAIS dan agensi Islam di Selangor menyatakan komitmen untuk bekerjasama dan memberi bantuan dari aspek tenaga kerja, kewangan, kemudahan dan kemahiran sebagai sokongan terhadap program pemulihan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri," tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.