Selamat tinggal Generasi Alpha, kini muncul Generasi Beta
Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Kalender 2024 sudah ditutup dan diganti dengan kedatangan tahun baharu 2025.
Seiring pertambahan tahun, generasi baharu juga ikut muncul.
Dunia menyambut Generasi Beta sebaik 1 Januari 2025 menyapa. Maka ucap selamat tinggal kepada Generasi Alpha.
Menurut onlymyhealth.com, generasi Beta atau 'Gen Beta' adalah golongan kanak-kanak yang lahir di antara 1 Januari 2025 sehingga tahun 2039.
Generasi Alpha pula mengakhiri ‘zaman’ mereka pada 2024 selepas kelahiran sejak 2010.
Sebelumnya, golongan Generasi Z lahir di antara tahun 1996 sehingga 2010 sementara milenial lahir pada 1981 sehingga 1996.
Setiap generasi dapat dilihat daripada gaya hidup, politik, sosio-ekonomi dan landskap teknologi, lapor Astro Awani.
Justeru,kelahiran Generasi Beta disifatkan akan membesar dan hidup dengan kemajuan teknologi serta memiliki pengetahuan tentang dunia digital yang sangat mendalam.
Mereka juga dijangka akan memiliki kesedaran terhadap kesihatan mental yang lebih baik selepas ibu dan bapa datang daripada generasi yang telah berdepan dengan masalah tersebut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.