Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, sekutunya perkukuh 'pencegahan aktif' di tengah-tengah ketegangan geopolitik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Amerika Syarikat dan sekutunya, seperti Jepun, sedang memperkukuh "pencegahan aktif" di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak.

Duta Amerika Syarikat ke Jepun Rahm Emanuel berkata demikian kepada Mediacorp pada Khamis (23 Mac).

Beliau sedang mengulas tentang langkah-langkah Tokyo untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanannya secara mendadak serta menjauhi sifat antiperang, dan sama ada ini bermakna Amerika Syarikat dan Jepun sedang bersiap siaga bagi konflik besar di rantau itu.

Encik Emanuel berkata bahawa apa yang dilakukan Jepun dalam bidang pertahanan, melengkapkan tunggak keselamatan lain negaranya.

Washington sudah mengambil pendekatan "memperkasakan sekutu dan pakatan untuk bekerjasama".

Pada tahun lalu, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan semuanya mengeluarkan dokumen strategik yang saling melengkapi, dan diselaraskan dalam wawasan mereka tentang negara-negara di Indo Pasifik.

Encik Emanuel menambah, terdapat keperluan untuk mencegah China dalam bidang dasar diplomatik, ekonomi dan pertahanan, yang disifatkannya sebagai "tingkah laku yang sangat agresif".
Sumber : CNA/LL/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan