AS, sekutu keluarkan amaran ancaman serangan pengganas di lapangan terbang Kabul
Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada orang ramai yang cuba memasuki lapangan terbang Kabul untuk meninggalkan negara itu, sedang Britain dan Australia menyatakan terdapat "ancaman tinggi" berlaku serangan pengganas.

(Gambar: Reuters)
KABUL: Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada orang ramai yang cuba memasuki lapangan terbang Kabul untuk meninggalkan negara itu, sedang Britain dan Australia menyatakan terdapat "ancaman tinggi" berlaku serangan pengganas.
Amaran-amaran serupa turut dikeluarkan oleh London, Canberra dan Washington pada lewat Rabu (25 Ogos), dengan ramai orang yang berkumpul di kawasan itu digesa supaya mengosongkan tempat itu dan beralih ke lokasi yang lebih selamat.
Sejak beberapa hari lalu, ribuan rakyat Afghanistan dan warga asing yang dalam keadaan ketakutan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, dengan harapan dapat menyelamatkan diri daripada pemerintahan Taliban.
Amaran keselamatan mengenai lapangan terbang itu bagaimanapun tidak khusus.
"Mereka yang berada di Gerbang Abbey Gate, Gerbang Timur atau Gerbang Utara perlu meninggalkan tempat itu dengan serta-merta," menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, sambil menukil "ancaman keselamatan" yang tidak diberikan perincian lanjut.
Jabatan Ehwal Luar Australia menyatakan terdapat "ancaman berterusan dan sangat tinggi berlaku serangan pengganas".
"Jangan lakukan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul Hamid Karzai. Jika anda berada di kawasan lapangan terbang itu, pindah ke lokasi yang lebih selamat dan tunggu nasihat selanjutnya."
London juga mengeluarkan amaran serupa sambil menambah "jika anda boleh meninggalkan Afghanistan dengan selamat melalui cara lain, anda harus berbuat demikian dengan segera".
Washington dan negara-negara sekutunya membawa keluar beribu-ribu warga Afghanistan dari lapangan terbang itu setiap hari melalui pesawat tentera, namun ia tugas itu semakin sukar dan mencabar.
Penerbangan untuk membawa mereka keluar sudah muda dikurangkan dan dijangka berakhir pada 31 Ogos dan ini menyebabkan ramai bergegas mencari jalan lain untuk meninggalkan negara itu.
Belgium pada Rabu menyatakan ia sudah selesai menjalankan operasi menyelamat setelah membawa keluar rakyatnya serta beberapa individu dari Belanda, Denmark dan Luxembourg serta warga Afghanistan yang cuba memohon suaka di negara-negara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.