Sekurang-kurangnya 8 maut dalam serangan 'pengganas' di Iran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Al Jazeera)
TEHRAN: Sekurang-kurangnya lapan individu termasuk lima orang awam dan tiga suspek terbunuh dalam "serangan pengganas" ke atas bangunan kehakiman di bahagian tenggara Iran, lapor media tempatan di negara itu.
"Beberapa lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang pusat kehakiman di Zahedan," iaitu ibu kota wilayah tenggara Sistan Baluchistan, menurut badan kehakiman Mizan Online.
"Lima orang terbunuh manakala 13 cedera dalam serangan pengganas ini," tambahnya.
Secara berasingan, agensi berita rasmi IRNA melaporkan bahawa tiga daripada suspek terbunuh semasa serangan itu.

Sumber : AGENCIES/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.